Herba adalah sejenis tanaman tumbuh-tumbuhan yang mempunyai khasiat nilai yang tinggi dari segi bahan bahan hasilannya termasuklah; Buah, bijian, dedaun, kulit, akar dan bunga-bungaannya.
Herba digunakan secara meluas dalam bidang masakan, perubatan, rawatan serta kecantikan. Dalam sesetengah budaya dan kepercayaan, ia juga dikaitkan dengan rawatan akibat gangguan mistik & makhluk halus.
Bahagian hijau tumbuhan herba (daunnya) digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang. Namun, perubatan herba lebih banyak menggunakan akar, bunga, kulit pokok dan bahagain lain tumbuhan herba. Pokok yang digunakan dalam perubatan herba boleh terdiri daripada pokok herba atau pokok renek. Mana-mana bahagian pokok herba, termasuk buah, boleh digolongkan sebagai herba.
Kini hampir setiap orang menggunakan herba. Ia mungkin dalam bentuk produk siap berasaskan herba, rempah ratus atau makanan harian. Kadangkala kita hampir tidak menyedari berkenaan bahan apakah yang sedang digunakan atau dimakan, itu sebenarnya turut mengandungi bahan-bahan herba.